Imbas kembali ;
Dia Tinggalkan dia kerana DIA..
Sakitnya Hanya Allah yang Tahu..
Lantaran Kerana Takutkan Azab Allah..
dia Biarkan Kesakitan Merebak di Kalbunya..
Kerana dia tahu, Redha Allah yang akan merawatnya...
dia tinggalkan dia Kerana DIA ..
Kerana dia tahu diriku tidak mampu..
Menjadi Sayap Kiri untuk dirinya..
Apakan daya diriku..
dia tinggalkan dia Kerana DIA..
Kerana dia yakin dengan Kehadiran dia..
Hanya menjadi titik noda Dalam Hatinya..
Kerna Imannya turut lemah..
dia Tinggalkan dia Kerana DIA..
Kerana dia tahu bahawa dia..
Bisa meruntuhkan Imannya..
Kerana Perasaan yang ada dalam dirinya..
Melebihi kecintaannya Kepada Yang Maha Kuasa..
dia Tinggalkan dia Kerana DIA..
Hubungan yang tidak halal..
Tidak Akan membawa kebahagian dan ketenangan Jiwa..
Bahkan membuatkan hati lebih jauh Dari-Nya..
dia Tinggalkan dia Kerana DIA..
Kerana ku lebih yakin..
Bidadari-bidadari yang berada di sekelilingnya..
Lebih layak untuk menjadi pendamping hidupnya..
dia Tinggalkan dia Kerana DIA..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang dia rasa..
Tidak mampu dia Ungkapkan dengan kata-kata..
Hanya jari jemari yang masih gagah meluahkan isi hati..
Yang kian semakin membengkak kerana mengenangkan dosa-dosa...
dia Tinggalkan dia kerana DIA...
Walau air mata deras mengalir..
dia gagahkan jua untuk menghadapi liku-liku kehidupan..
Kerana dia tahu kematian sering mengintai diriku yang sering kealpaan..
dia Tinggalkan dia Kerana DIA...
Untuk Mencari redha-Nya
Yang selama ini dia tinggalkan...
Untuk Mensyukuri Nikmat-Nya
Yang selama ini Dilupakan...
Ya Allah..
dia Tinggalkan dia Kerana Mu Ya Allah
dia tahu dengan keputusan ini akan menyebabkan dia lebih sengsara..
Tetapi itu sahaja jalan terbaik untuk menyelamatkan diri dia dan dirinya..
Melepaskan dirinya bukanlah sesuatu yang mudah..
Tetapi dia yakin, dengan Keredhaan DariMu Ya Allah, akan menguatkan dan memudahkan jalannya...
Ya Allah..
dia tahu ...
Engkaulah Sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara..
lalu ,
dia leraikan hubungan yang masih tidak diredhai ini kerana Allah
